01 May 2010

saat2 indah mereka diatas awan...

Pesawat MAS terbang rendah bawa anak yatim lihat pemandangan.

01/05/2010 9:00pm

KUALA LUMPUR 1 Mei - Warga kota hari ini dikejutkan dengan kelibat sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 747-400 yang terbang rendah berlegar-legar melintasi bangunan pencakar langit di ibu kota.

Pesawat yang boleh memuatkan ratusan penumpang itu juga melewati beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang untuk beberapa minit dan ini menimbulkan pelbagai andaian sehingga pejabat Bernama menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan kemungkinan pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Bagaimanapun seorang jurucakap MAS ketika dihubungi menjelaskan bahawa pesawat itu sebenarnya sedang membawa anak-anak yatim di bawah program amal “Sensasi Sabtu” anjuran Jabatan Haji dan Sewa Khas, MAS.

"Pesawat itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.15 tengah hari dengan membawa 300 orang kanak-kanak dari Asrama Damai Kuang, Rumah Anak Yatim As-Shakur Bandar Tasik Putri, Persatuan Anak Yatim Kg Medan dan House of Joy Puchong serta anak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anak anggota Angkatan Tentera Malaysia,” katanya. - Bernama




ps: yeah....mereka tgok kami dari atas, kami tgok plane mereka dari bawah....hehehe...

No comments: