30 September 2009

Diari 30 hb september 2009.

8.30 pg : pegi bilik classmate bincang pasal landskap.

10.30 pg : keluar pegi pejabat pos kat BTR.

11.00 pg : tggu lrt nak pegi bukit jalil.

11.45 tgh : samapi bukit jalil. naik teksi pusing2 area situ carik kebun sayur.

12.45 tgh : mcam hampeh kebun pon x jumpe, pegi nurseri plak.. carik pokok bunga.

1.30 tgh : naik lrt bukit jalil ke BTR. lajak ke maxis centre kat leisure mall.

2.30 ptg : melantak mcd di leisure mall. dapt gelas lawa kaler biru.

3.30 ptg : balik hostel naik teksi. sebelum tu singgah watson jap beli eyeshadow kaler gelap.
hahah...


3.50 ptg : sampai bilik. rehat2 jap...gaduh2 manje kat hp ngn abang...

5.15 ptg : siap2 gi dating.

6.00 ptg : kuar. melilau makan dengn geng2 kat keramat. mghrib di petronas x dilupakan.

8.15 -9.45 : mencuci mata skodeng orang dating.

10.00 mlm : berambus balik asrama.

10.30 : smpai hostel. bersihkan diri. buat ape yg patut.

11.00 malam : light OFF.


:: dah 2 malam x buat assigment. malas. hahhaa....=p
:: waalupun x sihat, tetap aktif untuk berjalan2 ttpi pasif utk ke kelas. hehheeh....

29 September 2009

Hari ini aku mc. dan classmate yang macam haram jadah.

hepi betul hari x masuk kelas.
tapi sakit tekak aku mcam hampeh.
nak telan nasi pon susah.
lapar laa mcam ni...
owh, classmate aku buat perangai mcam gampang hari ni.
semoga cepat berambus dari kelas.

28 September 2009

Entri Tertunda. 1 & 2 Syawal.

Salam Aidilfitri...

Alhamdulillah...aidilfitri kali ini tetap di Kuala Pilah, N9. walaupun cuma famili aku jer balik...my pak lang balik terengganu. 1 syawal...balik kpg abah pagi tue, kat Tanjung Ipoh. dekat jer ngn kpg mak... naik basikal pon x penat. hehhe...semayang raya sane... pastu lepak2 makan lemang, pegi plak rumah pak long sebelah emak kat Talang. then, beransur ke rumah tok alang bakar kek pilah. Malam plak, g umah pak ngah kat MelaNG, makan laksa plak raya2 ni. gasak la hai... pastu pegi open house rumah cik yati...melantak dengan sepuas2 nyer....

pagi 2 syawal...masih lagi di kampung. bgun pagi, mandi2 terus pegi kubur uwan.. pegi sorang jer..tenang skit. rindu kat arwah uwan aku..... pastu layan mber jap yg datang raya. dalam sejarah, mber datang umah raya kat kuala pilah. huhu... pastu...serius hati sedih tiba2. sebab janji balik klang raya ke-3. tapi petang raya ke-2 mak nak blik klang. dia kata malas dok lame2 kat kpg. aku tau la sebab ape kalo x hal adik beradik. nak bangkang kang, kate derhaka plak raya2 ni. ikot kan jer la... on the way balik klang, singgah Paroi, umah pkcik, n TTDI..umah pkcik gak. sume sebelah ayah. time raya x la bosan, tapi dalam kete bosan la...

uhh...malas nak taip banyak2, so sila la tengok2 gambar raya di bawah ea. lalaalala~~~



baju beli sendiri. tudung my bro belanja. pinky...hahaha...=p

with my bro. 1st time amik gambar sama. huhu...

my mother n my brother. segak lu adik...walaupun kamu dah semakin berisi. hahaha...

with my cousin. time ni die dah tukar baju kurung bese dah. sebab keje asik bsuh pinggan jer. hehhe...
oh yer...tinggal kami berdua je yg masih memegang status single. hahaha..~~


this is my litlle brother..malu la kunun. menyampah i...huhu..

Time ni..kat open house umah makcik..baju aku paling menyerlah mcam traffic light. hahaha...

ini hero kuala pilah. name die nazrin. kalau x dapat ape yg die nak, die akan guling2 gaya sideroll utk dptkan bende tue.kalo menjerit serupa rsm kawad, kuat giler babeng.

my pak ngah, abang nizam, n si baju oren tue, anak tiri pak ngah. baru nak nguraat..tapi orang penang la.
malas la...hehehe...~



:: Raya kat klang ape ada???

Akhirnya....

masih ingatkah kamu semua dgn entri yg dok berkait dengan cabaran kumpul duit raya.????

kali ni..terpaksa la gua jujur...

gua kalah dengan budak umur 19 tahun...aiiiiishhhhhhhh!!!

malu bangat deh...

beza rm5 jer pown...

ternyata, status masih belajar sudah xboleh digunapakai.

belajar tapi kalo dapat elaun, serupa dah bekerja.

diorang kata la...

fed up la gua mcam ni...~~

26 September 2009

Title Baru.

salam hari minggu untuk semua.
ramai giler babeng datang umah hari ni.
nak kate buat open house, x jugak..
tapi ramai nyer mcam nak hantar rombongan meminang.
uhhh...pinang i.... hahahhaah...

hari ni aku dapt title baru.
sangat cilakak.
manusia mane ntah pggil aku 'bibik'.
mentang2 aku dok kedepan ke belakang refill makanan atas meja makan.
suke suki jer pggil aku bibik.
salah org tue beb.
nak marah kang raya ni haa...
sabar...sabar....

ok, nak tgok tv la skang.
citer KUIH GOYANG SEHA.
silap2 bleh tukar title KUIH GOYANG CIK LEYHA.
paymess la i gituu...hehehehe...
choww~~

25 September 2009

MEE KARI.

hari sabtu ni mak aku masak mee kari.
sape2 nak rasa, dtg lah raya umah.
emak aku masak konfon sedap...sebab aku x campur tngan.
kalo aku menyibuk2 kang, lain plak jadik nyer...
alamat umah???
carik sendiri di entri2 sbelum ni k....
masih lagi..SELAMAT HARI RAYA.
heheheeh....

going back to Kuala Pilah.....(entri versi n9)


entri yang ni nak cerita pasal balik kpg untuk beraya. biaso lah..kpg den 1 jo. kek kolo pilah tue ha... kpg mak abah den duo2 kek sinun. xyah gaduh2 der nak balik kpg sapo dulu time rayo2 ni. tapi sodih skit la rayo kali ni... dah la uwan den dah x do, pak lang den balik tgganu plak rayo kali ni. gasak la hai...janji den balik pilah rayo ni.

perjalanan kali ni mmg buek hati den bahagio tahap maksimam. sobab x jammed langsung. taun lopeh sakit punggung den duduk dalam keto 4 jam!!!!! 4 jam bai...dari klang ke kolo pilah. kojo gilo tue... sakit jiwo den dgn jammed kat federal hgway nun. nasib bek rayo ni jalan ok2 je... agak ei sobab org dah balik jumaat, family den balik sabtu pagi.hhehehehe....

sampai2, terus poei tnjung ipoh jap. boli daging nak masak. ado manatai..tu yg syok? korg tau x apo menatang mantai tue? ala...yg org buat jual2 daging nak masak rendang tue...yg skali bnyak. ha..tu lka namo ei mantai.
lopeh tue, balik trus utk kemas umah uwan den tu ha...penat jgn cito la. tapi nak rayo punyo pasal den x kisah.

daging lembu..mantai beb...huhu...


pas maghrib plak, org poei takbir ramai2, den gatal2 poei pokan pilah tue ha. jalan2 poei uptown pilah yg x leh blah tue. den nengok la abang2 tu ha lelong kuih,,siap offer den raso laei kuih semperit. omak den sompat plak boli set penggan mangkuk ei tue..adik den pulak boli mercun telor ntah apo2...konfom bingit umah uwan den tue ha. pkul 10 lbih blik.

sampai2 jer adik den terus dengan agenda ei. nak halau babi blakang umah uwan den. alasan paling bangang den dongar kalo nak main mercun bom ei tue. pling x guna bila die baling bende alah tue kat tgkap bilik ak. x kan ade babi menempek kat situ gak kot.??? bijak...bijak....
omak den bising2 baru nak berenti. den maleh nak layan. ngntukk.......tido lagi baik
.




ok. habis disini entri ini. akan disambung dengn entri 1 syawal. heheheh....

owh...belum tue, den gedix2 gak la lotak gmbar yang ado kaitan dengan rayo ni. ikot suko den la kan dah den punyo blog. hahhaha....

23 September 2009

SMS sempena raya dari member gua.

Dari Akmal.

" cik leyha, rini dapat collection rm50. kamu disana ape citer?? hehehhe...."
aahhh...aku malas reply. sebab baru dapat 20 hengget dari raya pertama sampai ke ketiga.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Luqman.

" leyha, kau lah kawan aku plg banyak buat dosa ngan aku. x reti2 mtgak ampun ke raya2 ni?? kau raya la umah aku. bleh aku buat amal jariah dgn bagi kau duit raya. hehhehe.... . "

aku reply,

" kau terer bab kira2 ea skang. smpai dah boleh counting2 pahala dosa aku.... aku mtak ampun pagi raya pertama jer. nak bagi aku duit raya? hutang mc d aku pon kau x bayar lagi...hahahah..."

beliau reply lagi,

" BODOH. aku terkena lagi. "

aku gelak sorang2 dapat pangkah org raya2 ni. hahahahaha.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

classmate aku msg.

"jangan lupa ISL n TUTORIAL subjek murid dan alam barzakh...hantar isnin bukak kelas"

vavi....ada 15 ISL n 15 TUTORIAL. x truee la raya aku camni...

aku balas.

"Pegi mampus dgn asgment. mak aku marah buat asgment btime raya. because raya is raya."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

:: USB hp aku hilang. mcam ne nak upload gmbar raya ni???

raya jenis apa ni kalo kene buat assigment time cuti raya??

Sapelah yang bijak geliga tahap cipanzi yang ingatkan aku assigment time2 raya ni???

lagi bijak bila kene submit isnin bukak cuti. gilerrr ke apa????

student oversea pon tak mcam ni gaya nyer.

fed up bai. otak pon penuh lemang jer.

serius....sgt budusss.

21 September 2009

CABARAN DI HARI RAYA.

malam raya kat uptown kuala pilah,

mber aku Akmal hantar msg.

beliau cabar gua untuk lawan sape dapt duit raya paling banyak.

aishh...budak 19 tahun cabar gua yg berumur 20 thun mcam tue.

malu gua kalo x sahut cabaran beliau tue.

ok..gua dah sahut cabaran beliau...

dengan title gua yg masih student dan seorang jer pompuan dikalangan adik beradik, konfom coleection gua bertambah2 la...

owh..perhatian utk kamu semua, dengan tulus ikhlas..sila la menyumbang duit raya kpda gua...

sebagai amal jariah....

keh3....


p/s:: SILA NANTI KAN ENTRI2 RAYA GUA SELEPAS INI. SKRANG BAGI GUA RAYA HABIS-HABISAN DULU. SELAMAT HARI RAYA. =P

19 September 2009

raya 4 tahun lepas, sekitar kpg gemetir, kuala pilah. n9.


aku dgn sepupu sepapat aku bikin kecoh satu kampung.
kali ni siap masing2 touchiing malam tue.

alkisah, tiap2 malam raya mesti kami sekerabat main mercun.
x rock main yg kecik2. mercun sume besar2 punye stok rampasan polis.
bapak aku kan polis...mesti ada buah tangan sempena raya. hehehehe....
malam tue...mercun roket menjadi pujaan masing2.
dah terbiasa shoot ke atas, kali ni ubah tradisi plak.

sasaran pertama.
hutan belakang umah uwan aku.
nak halau babi sepupu aku kate.
ntah bile binatang haram tu ade menempek.
menipu jer...

sasaran kedua.
jalan besar depan umah uwan.
nsib bek tersangkut kat pagar umah,
kot terlepas ke tengah jalan,
mampus nak menjawab kat polis yg tgah dok gatal2 buat roadblock dpan umah uwan aku tue..

sasaran ketiga.
x tau arah, x de tujuan.
tapi mercun roket tu x tlepas...

senyap sekejap....







pooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.
bunyik bergema disertai background kambing mengembek.


hambek ko!!!!

kandang kambing orng sebelah kene shoot!!!


habis terkejut kambing2 atok tue ha...
ngembek2....
datang atuk tue ha jumpe uwan aku malam tue gak.
die main2 sound la tue...

at the same time,
bapak aku dah pandang2...
sepupu sepapat aku sume dah stanby tkot kene tibai malm raya.



pagi raya.....
sume mtk ampun special kat uwan aku...
hahahhaaha.....
berlakon supaya x nak kene lempang pagi2 raya.
cam haram je..~~

18 September 2009

Bajet raya 2009

baju kurung sepasang : rm50 ( tapi mak aku bayarkan)
baju kurung moden : rm 120
tudung 2 helai : rm70. ( rm20 abg aku bayarkan plak...)
high heel : rm60
1 jeans & 1 t-shirt : rm90 (mak aku blanja lagi...)
total :...................lu pikir la sendiri. aku malas pkir bile duit dah bnyak kuar ni.


SELAMAT HARI RAYA
JIMAT CERMAT AMALAN MULIA. OK!

Adik aku lagi ramai peminat rupe nyer.

adik lelaki aku dapat kad raya smpai 3 keping.

semua perempuan bagi.

aku ?? dapat tengok muka abg posmen je kot.

sedih.

17 September 2009

Entri Khas Raya yg haus dibaca.


Assalamalaikum w.t.b...

time ni, aku baru habis buat assigment. tggal submit jer. kejap lagi nak kemas2 baju..nak balik kpg bai...hehehheeh...raya..lalalal~~~

makanya, sebelum balik kpg and entah bile2 akan update blog kalo dah sibuk raya, saya dngan keikhlasan hati..ingin memohon maaf kepada sesiapa shja andaikata tersalah silap tanda disedari.

ucapan yang agak popular.... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

buat family and kaum kerabat,
semoga raya kali ini meninggalkan kesan yang manis dalam diri masing.

buat rakan2 belajar,
jgn harap korg dpat beraya dengn tenang kalo msing2 x buat asgment. hahhaaha..

buat rakan2 kem,
untuk yg cuti mmg syiok la...utk yg x dpat cuti cam kak wani aku tue, x leh nak kate ape la...
tanggungjawab kamu utk mnjaga keamanan negara...=p

buat rakan2 blogger,
semoga gembira beraya dengan keluarga masing2.
kalox dpat cuti tue, x dapek den nak nolong der...

buat pensayarah2,
mtk ampun banyak2 kalo ade salah silap.
student mu ni dah x leh nak pikir dgn btul dah sebb asgment bnyak sangat.

oh yer...buat my bro,
terima kasih belanja tudung ngn kasut raya..
jasamu akan dikenang..sampai bile x tau. hehehehe..

last but not least,
buat anak-anak buah yg sume nyer baik2 tahap dewa,
acik mtk maaf taun ni x de duit raye untuk korg sume.
bajet lari la...
and sape suruh korang baling mercun kene baju raya acik taun lpas kan???
baju feveret lak tue....
adil dan saksama la tue....
hahahahaha....


oh yer....anda semua di alu-alukan untuk datang beraya ke rumah saya berdasarkan alamat dibawah. tanpa perlu tunggu saya buat open house, just inform jika mau datang. bleh masak sedap2 bai...hahahhaha....

NO 4, JALAN 11,
TAMAN CEMPAKA SARI,
42100, KLANG
SELANGOR...



sekian, wassalam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

:: berhati2 di jalan raya. hehehehe..=p

16 September 2009

Halangan terbesar disaat nak balik raya ni.

due date assigment yang berubah2 last minute.

kejap lepas raya, tup2 nak sebelum raya. heavy task lak tue.

jgn kata gua, budak bijak pandai yg dapat 21A1 dlm spm pon leh sakit otak.

'kurang bijak' punyer BPG.!!!


:: esok nak balik kpg, ape pon x kemas lagi. bilik dah macam bilik profesor dah, buku bersepah2.

15 September 2009

Balik kampung untuk raya.

hari khamis ini, pkul 3 ptg aku dah stat gerak balik kpg nagn adik aku. balik umah family dulu kat klang, beli keperluan yg tak cukup. kemas2 umah n terus balik kuala pilah.

kesimpulan nya, kelas Numerical LIterasy aku 'terpaksa' ponteng. dan andaikata aku x pegi kelas tersebut, itu lah dalam sejarah pertama kali aku x pegi kelas tanpa sebab sepanjang 5 semester jdik student kat sini. hahhahaa...=p

Istilah sopan pelajar U di bulan Ramadhan.

kekadang bila kita sibuk bercakap, kita x sedar apa yang diperkatakan.
fokus utama nya ialah apabila seseorang sedang hangin2 x tentu pasal atau hangin satu badan dengan bertujuan.
seringkali keluar istilah bukan2.
tak kisahlah dari mulut sape. ( termasuk mulut aku yg x de insurans hayat )
cth paling popular, binatang haram palaing top kat world tue...(korg bleh pikir sendiri aku agak..heheheh...)
tapi tadi mber aku membuat inovasi perkataan aku rase.
selalu sebut BABI, sekarang dah jadik VAVI.
atas alasan bulan puasa...hahhaha....jujur tahap cipan.
gelak satu kelas tadi....
popular dah perkataan 'sopan' tue dalam sekelip mata.
hahahhahaa....~~~

:: nasib baik bukan VIVA, kalo x cancel budak kelas aku sape2 yg nak beli kete VIVA. hahha...

14 September 2009

Remembering him....=p


gambar sape disebelah???

gmbar gua la tue...

saje gatal2 upload sebb x de keje.

owh...tibe2 hati gua kate rindu plak kat seseorang.

sure2 bukan bro gua...die buat pe..

hehehehehe...

Selamat Hari Raya untk beliau...=)

Penawar sakit perut gua.

Malam tadi...gua sakit perut yang teramat sangat.
guling2 atas katil sampai ke subuh.
waktu tidur gua pon ikot burn.
assgment pon x berusik.
alangkah seksa nyer malam tdi...

pagi ni...
gua ponteng assembly maktab.
hehhehehe....
qada' tidor lpas subuh smpai pkul 9.15...
pkul 9.45 pegi kelas agrotek. perut masih sakit. haram ape pon x dgar. hilang fokus baii...
and smbung kelas EDU smpai pkul 1.15 tadi. ( dlm kelas ni aku bace komik conan jer..x dgr pon lect ckp ape )

kelas dah habis...aku rilek2 dlm bilik sambil bace komik.
sambil2 letak minyak angin bagi lega perut.
pkul 1.45 bro gua msg gua.

msg die yg pertama..."dah elok ke sakit perut?"

gua balas dgn tahap kemalasan maksimam..."x". makna nyer...x elok lagi la...

beliau reply lagi...." kalau x elok lagi, x yah kuar rini. dok diam2 dalam bilik"

gua cepat2 reply..." x sakit lagi dah...bukan x elok lagi..."

hahhahaahha....perangai cam hantu betoll gua ni....
serius...gua dah x sakit perut..!!!!

msg die yg latest.." ok, pkul 4 standby.."

lalalalallala........mau shopping raya ini petang....
sebb dia dah janji dgn gua dpat bonus nak blnjer baju raye
keh3....~~~


:: hari ni gua terpaksa ambil cuti berganti. siot~~~

13 September 2009

Sape kata aku dah gem0k???

hei kamu...!!!
sape yg brani sgt kata aku dah gemok tue???
aishh...sensitiff tau telinga aku dengar....
hati jgn kata laa...panas berasap2...
ingat aku kuat makan ea???

xpe....xpe....
lpas raya aku g jogging kat tasik permaisuri...
aku jogging tiap2 petang baii...
sambil2 tue leh cuci mata...
ngorat2 abag hensem ker...
mane tau leh jog same ker...
semangat ckit aku nak lari laju...
hahahahaha....(gelak cm org hilang pedoman)

:: serius mulut cam smpah sape yg kate aku gemok tue. fitnah di bulan Ramadhan.!!!

Sayu hati mereka menjelang nak raya...

Jenazah juruterbang selamat dikebumi

12/09/2009 3:40pm

TAIPING 12 Sept — Selain jenazah Mejar Mohd Roszaini Mohd Mustafa yang dikebumikan di kampungnya di Machang, Kelantan, jenazah Mejar Mohd Zulkifli Hasan turut dikebumikan di kampungnya di Kamunting di sini hari ini.

Jenazah Mohd Zulkifli dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Larah kira-kira 7.30 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan isteri Suzi Sidek, 36, dan lima orang anak berusia antara satu hingga 11 tahun.

Mohd Zulkifli, 38, dan Mejar Mohd Roszaini Mohd Mustafa, 37, terbunuh semasa melakukan penerbangan latihan apabila pesawat Pilatus PC-7 yang mereka naiki terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kira-kira 12.20 tengah hari semalam.

Kedua-duanya berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kepala Batas, Kedah.

Bapa Mohd Zulkifli, Hasan Mawee, 65, berkata kali terkahir beliau berjumpa dengan anak sulungnya itu ialah pada hari pertama puasa.

“Arwah ada meninggalkan pesan kepada salah seorang adiknya supaya menjaga ibu dan bapa serta anak-anaknya sambil berbisik di telinga saya bahawa dia tidak akan kekal lama.

“Selepas itu, arwah tidak lagi balik ke rumah sehinggalah (kami) menerima berita kematiannya. Tidak disangka beliau akan jauh meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya.

— BERNAMA


:: Al-fatihah buat mereka berdua, perwira negara...hati keluarga mana x sayu mengenangkan tragedi begini. terutama sekali lagi seminggu nak raya...orang yang tersayang pergi meninggalkan kita buat selamanya. semoga pengorbanan mereka dalam mempertahankan keamanan negara terbalas di waktu yang lain. Semoga roh pejuang negara dicucuri rahmat...Aminnn...

REJ 515 AW.

saje je gatal2 nak promote laman web kem sendiri...
iaitu..

~ REJIMEN 515 ASKAR WATANIAH ~

tapi cuma untuk sape2 yg ade id tentera jer la...
heheheh...=p


sila ke link http://r515aw.ning.com

12 September 2009

Gua fed up shopping kat KL ni.

hari ni, pkul 2 ptg gua dah siap2. nak gi Sogo rancang nyer... tengok2 baju. yelah..kan dah nak raya. baju kurung gua baru ade sepasang. kalo raye koman2 nak kene 2 pasang. high heels lagi...tudung lagi...x kan nak pinjam tudung mak gua kot... tinggi sewa die letak. rugi duit jer. hehehe...

oh..hari ni gua jejalan dengn bro gua. pertama kali gua shopping raya kat KL ni. sumpah gua x tipu...slalu shooping kat area2 Klang jer..tu pon giler sakit hati sebab ramai org. sakit hati gua bermula apabila nak carik parking pon payah... mcam nak carik lubuk emas. gua sememangyer pantang kaloo susah nak dapat parking ni. nasib bek bukan gua yg drive.

cerita kat dlm Sogo, mentang2 weekend..x kan la mesin ATM kat situ pon kene beratur panjang mcam nak beli tiket bola sepak.?? tersangat sadis tue... dibuatnyer duit hbis dalam mesin tue, x ker sakit hati org beratur pnjang2.

gua niat dlm hati gua, nak beli baju kurung lagi sepasang. dah jumpe pon tadi. gua siap tolak2 budak mane2 yg mhalang pjalanan gua utk ke kaunter cashier. yelah, masing2 jalan cam siput h1n1...tapi akhirnya gua x jadi beli baju tue. sebb gua malas beratur nak bayar. line giler panjang...smapai esok pon x habis. bro gua dah hangin2 dah...semak kepala otak die tgok org bhimpit2 dlm mall. die bagi kate dua, gua kuar skang ke atau die tinggalkan gua dlm mall tue. mmg bunyik cam haram, tapi btol gak tue...kang die hilang kang sape plak nak mencariknyer kang...nyusahkan gua tu name nyer..hahaah...

kata putus dari dia, isnin malam baru g pusing2 tempat lain plak. sebab esok beliau duty...n sebb isnin pagi bonus beliau dapat.... gua punyer hati melonjak2 kegembiraan.. hahhaha... bleh gua mtk tolong jasa baik beliau utk bayarkan heels gua nanti. amin....hahhaha...

berbuka hari ni plak kat taman dagang, ampang. dengan akak gua, rafiq, yana, sjn zali, chin peng n kak zana. hongeh gua makan berbuka tadi. sebb gua pakai jeans..x leh masuk bnyak. hahhaa...

habis buke, gua lajak ke ampang point ngn bro gua. lagi la gua fed up. harga baju cam nak jual rantai emas. kot lawa x pe gak..ni rupe cam corak baju batik asrama gua je .... bro gua dah gelak2 tgok gua mbebel...rase nak bagi sedas penumbuk jer suh brenti gelak. siot luu bro...

bile kpala gua dah x btol, bro gua nak hantar balik. nak balik pon menguji kesabaran gua. kenapa la tmpat blaja gua dekat dgm downtown cheras tue????? gua sangkut dlm jammed kat situ jer dah 15 minit!!!! h1n1 btoll..... gua benci la dok KL camni..

penat otak gua rini. gua nk tidow skang. bye!!!

:: bro gua hari ni bwak kendereaan beliau cam haram jadah. serius gua bengang dgn pemanduan beliau hari ni. gaya mcam x pernah blaja undang2 di jalan raya. kurang pandai sungguh beliau itu.

11 September 2009

Alien yg dilukis oleh diriku.


gambar alien yg aku kene lukis kat karnival sains maktab aku. ada rupe sape2 tak? hehehe...

TEST BI hari ni...

hari ni ade test subjek BI kat dewan besar. ingat test bese2 je, sekali board tulis UJIAN AKHIR KURSUS .. mmg cilakak.. sebab last aku bukak buku BI pon 3 mggu yg lpas.. tu pon sebb nak siapkan asgment short stories. and lect pon bgthu hari khamis. nak study pebendenyer kalo last minute baru ckap.

dan part yg aku agak risau adalah esei. serius, aku mengakui yg kebodohan aku untuk susun ayat bgi sedap mulut menyebutnya adalah sangat tinggi. bile tgok soalan, mmg senang giler... soalan spm aku dulu pon susah tahap cipan. tapi yg cam haramnyer, bile aku x leh huraikan isi. nak2 tgah ngntuk tadi...lagi la cam cipan...surat rasmi dah bertukar x rasmi agaknyer ni..

dan dari situ, mmg sangat terserlah ketidapandaian aku dalam subjek BI.
hari ni...kekecewaan akibat x blaja betol2 sedang melanda hati ku....
wuauauauaua....................................................................

10 September 2009

hari ni hari yg best. sebab my bro dah gaji. hahahah....(^_^). aku x mintak bnyak, mtk tolong bayar duit maxis aku jer dulu. tapi tgok2, die dah pkai duit pegi lain plak dah. sibuk menukar body part motor LC ei tue... aku sudah pedapp...sebb x leh pau duit die. hehehhe...

last2 ajak buke same. perancangan awal, ade akak aku skali ngn kak zana. 4 org jer... x dan tgh jalan, kak wani msg ade 2 lagi nak join. x da halll.....geng jugak tue... dah berbuka kejap, dtg lagi 3 orang.... haa....hambik ko.... tu la geng2 yg x makan nasik cookhouse. 9 org sebenarnyer termasuk aku. 8 askar tetap, aku sorg jer civilian....hahahha....tapi ade satu pepatah BI yang membuatkan kami rpat. no gap between us, we are in 1 family. hahahah...hepi dapat makan reramai ni...nak2 yang sekepala.

hbis buke ade yg pecah g terawih kat kem. aku jujur jer...terwih aku burn mlm ni... pusing2 jap kl, amik udara yg antara segar n x segar, then pkul 9.45 trus balik. pkul 10 dah smpai hostel..

dan sekarang??? mata ku mulai hanyut meminta untuk menutup!!!!
ok, sekian, good night. bye.

07 September 2009

bro...gua susah hati ni.~~~

mood gua skng dalam keadaan sangat tidak baik.

gua asik marah2 jer.

emosi gua terganggu dan tidak stabil.

hidup gua rase terumbang-ambing. (yg ni tipu..hhehee)

hati jgn ckap la...susah hati tahap maksim.

klau bleh, gua nak terjah itu tempat.

tanpa melalui balai pengwal.

gua nak jumpe bro gua.

mtk ampun bagi tenangkan hati.

gua malas nak gaduh2.

kepala pening, hati pon sakit.

gua kalo susah hati, mmg gua makan jer keje nyer.

tak mua la camtu. nanti gua gemok plak.

alooo bro....come on la...

buah hati pengarang jantung lu ni dah mcam cacing kepanasan !!!


:: tapi serius, kalo dpt peluang aku mmg nak tumbuk kau bagi pengsan.hahhaha....

Sales di Jusco Maluri.

sales Jusco membuatkan perbelanjaan kewangan ku tersasar habis....
lari bajet gua...tujuan nak beli suar slack jer nak pkai seminar esok...
baru dpat duit RM 1oo tadi...
  1. suar slack = rm20
  2. tambang teksi pegi balik = 13
  3. tshirt = rm23
  4. mc d berbuka tadi = rm7
  5. baju lagi = rm10
tapi bile dah beli mcm2, tgal area2 RM3O.00.
tahan ke tu smpai semggu????
survivor tahap cipan la gua camni.....

Weekend di kem.

salam.

weekend kali ni agak best la. berbanding terperap dalam hostel dok tidow sje. sabtu jam 1200 dah lapor kat kem dah. aku pegi 1 kereta ngn senior aku. aktivti hari tue adalah jamuan berbuka puasa bersama pang5 12 bgd and dato bandar KL. mmg happening...tapi rugi x dapat snap pic bnyak2 la... kalau ade pon gmbar aku ngan kak wani, regular kem tue. hehehehe.. nanti2 lah msuk pic tu dlm lptop..huhuhu...

lauk mlam tu mmg sedap. daging salai masak lemak cili api ngn ayam masak merah. ok, kali aku x amik tender basuh pinggan mcam tahun lpas. hahahah... malam tu kepenatan, konfom2 x bgun sahur dah. so standby awal2, pkul 12 lbih mkan nasik 2 pggan tapau tadi. dgn lauk ayam masak merah. then, terus terlelap. tidor kat bilik permanent staf lak tu. mmg ikot dan aku jer....bilik akak aku...hahahaha....

ahad pkul 11 dah dismiss....lpas kemas2 barang kat stor. kat sane best sebab dah lame x jumpe geng time buat penugasan khas sebulan time cuti lpas. kapt wati...kpl faizal...n kak wani...hehehhe...miss them very much... tapi 2 la, ade juga yg pertikaikan knpa aku bleh borak bese2 je dgn mereka semua???
common la....x kan nak cipta gap antara TA dgn permanent staff???

ade jugk mkhluk yg x puas hati tu...balik je maktab, nak aim macam2. berlagak la sombong la ape la... tentang aku senang jer...mmg aku akan sombong giler babeng. tapi dngn org yg pandang rendah ngn aku. even blaja kat tmpat yg dipenuhi bakal2 pendidik, tapi ade je perangan cam ???@@#3$.


:: mulut aku ade satu jer.
tapi, yg satu ni la peramah...
tapi yang satu ni jugak la, dok melaser org yg den neik fed up~
hehehehe....

05 September 2009

Bulan puasa zaman kanak-kanak.

1999 (10 tahun lepas.....)

time ni umur aku baru 10 tahun. skolah pon baru habis darjah 4. bulan puasa pon time cuti sekolah. tu yang syok..x penat puasa sebab tidow jer kat umah. huhuu... tahun tue, awal2 dah balik kampung kat kuala pilah untuk sambut raya. 5 hari sebelum raya beb.... skng jgn haraplah nak rase suasana camtu...dan aku adalah salah seorang manusia yg paling suka balik kpung. sebab dapat manje2 dengan uwan aku.. sebab aku sorg je budak pompuan yg ada kalo dah berkumpul dgn sepupu yang lain. kire2 dengan jari ade la dalam 8 org sepupu sepapat aku...tapi aku sorg je pompuan yg ada. warih lak tu...

aku bosan...cam haram je perasaan aku time tu. aku ajak sume sepupu sepapat aku main. tapi bukan main barbie doll la..geli la weh... aku cdang main tembak2 pkai getah sayur... peluru plak, pkai kertas yang lipat kecik2 bagi padat...hehhehhee...aku suke main ni...
then, bagi due pasukan. group aku name rangers merah. group lagi 1 tu name goku. mmg time tu name group cam miskin idea. nasib baik x letak sailormoon...

lpas berbuka, masing2 carik getah. peluru dah siap buat dah petang tue. sepupu aku yg pling tua time tu umur 13 thun da siap2 pesan. jgn pakai bijik getah, nanti berbirat kalo kene muke ke badan ke. tapi ade jugak la makhluk yg x pkai otak ditibainyer bawak bijik getah. nsib bek time tu msing2 x dikira pandai lagi. kalo x dah bleh ckp bodoh laa...

uwan aku stat je pegi tarawih, msing dah msuk bilik yg kosong. pertahanan plak pkai kerusi-kerusi yg kecik2 kat ruang tamu.

game.....start!!!!!

masing2 da stat tembak menembak...ade yg getah terus putus la....peluru x kene la... aku bijak sikit time tu, getah tu aku double bagi mantap ckit. x leh nafi la aku mmg terer bab2 lastik getah ni. nak setengah jam main, bile stop rehat kejap dah ade yg berbirat kat muke. tgok kat tmpat masing2 ade bijik getah...adik aku punyer tangn dah pedih sebb getah asik putus jer. getah cap ayam..bese la...hahahahah..

msing2 dah penat. so, semua decide sto utk malam tu. masing2 kutip balik peluru simpan dalam poket. bleh gune balik utk malam keesokkan nyer ke..jgn ada yg tertinggal, kalau x cik ayit aku suh msing2 telan. die bleh la survival camtu...askar...

dah kemas2, nak kuar dari bilik...haaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!
ambik koo....cik ayit aku dah tggu siap2 dgn getah bilik air... rock la uncle ku...
hahahaha....aku dah tau dah ape yg bakal menyusul...
malam tue, masing2 kene tibai dengn getah paip... yelah, main bagai nak rak sampai nak memekak2 dala umah, sape x marah... sepupu aku leh siap main kejar2 ngn cik ayit aku...x nak kene sesah..
gilerr ko...yg penting aku kene skit jer malam tu. kat kaki... tu pon sebb uwan aku dah balik tarawih...mane berani tibai aku...
pengaruh kuat baiii....hahahhaa....

yg pnting, aku x leh lupa..siang tue time aku gulung2 kertas nak jdik peluru kat bawah pokok rambutan, aku tgok sedap je kazen2 aku dok atas pokok makan buah.
budusss....korg x pose ke wehhh?????
kantoi di situ....patut diorg sentiasa bertenaga jer...
hahahhahaah....ciaww~~~

04 September 2009

Saat bahagia.

saat ini, report aku dah siap. tapi cam sampah. ayat tunggang terbalik tahap dewa. dan apabila mghadapi saat mcam ni, berita gumbira muncul.

' oi, asgmnet cik suhaimi hantar hari isnin' ...ayat yg terkeluar dari mulut classmate aku..

yahooo..yabedabudu...hepi hati aku dgr meloncat2 dalm dada ni ha. n, rite now..aku nak tido. cam haram jer x tido dari malam semalm smpai ke ptg ni ha. robot pon hang kalo camtue..

ciaww.~~

Keje skolah budak universiti.

assigment aku tggal refleksi je lagi x buat.

penat dah tangan aku menaip mcam nak buat novel.

mata aku dah berat...x tidur semalaman ngadap bende alah ni.

submit je bende alah ni, mmg heaven giler babeng...

tapi agak terer la buat task ni dalam mase semalaman.

jgn kene koyak lagi mcam sem lpas sudah. membazir je kertas a4 print banyak2.

yg penting, nak qada' tidor smpai berbuka kang...

sebab malam kang aku nak kiwi spike boot aku n iron uniform...

esok nak jalan2 cuci mata smbil2 ngorat abg i kat kem....

hahahahha....=p

02 September 2009

Khas utk hostelite..mcam aku..~~

dekat rumah . hidup gumbira sebb..
  1. ade internet...speed laju je cam kete racing. kimi raikonen pon kalah.
  2. ada makanan... sedap2 and bleh refill dalam perut berulang kali.
  3. ade adik yg bleh buat gaduh2 tumbuk..x la boring sangat.
  4. ada ps yg bleh layan sampai ke sahur...
  5. ade basikal nak buat lawan racing ngn adik keliling taman umah..( pastu jatuh sebb salah buat lap..hahhaha..)
  6. ade budak kecik umah sebelah..bleh main buli2... letak budak tu atas kucing plg besar. menangis ko budak...
  7. ade tv..wpon x de astro, tpi tetap bleh layan cite upik, abu dan laura. =p

dekat hostel. hidup kurg gumbira sebb...
  1. kene jimat makan. ikat perut tahan lapar malam2...berbuka pon nasi bungkus ngn air seringgit.
  2. ye yeline internet plak mcam haram jadah. semput2 mcam kene asma.
  3. kene pegi kelas nuu haaa...stgah kilometer jalan kaki. dah mcam buat UKA askar kalo ulang alik.
  4. ade pensyarah yg suke bagi asgment hari2. x leh tgok org hidup senang agak nyer kot..
  5. nak tgok tv kene kongsi2....2 ok lagi..ni kejap tukar sane, kejap tukar sini...waa...x best~~huhuhu...
  6. hidup kat sini hanya untuk kene sentiasa buat asgment agak nyer. nak layan blog cam serba salah...jmpi ape la warden2 ni pkai..hahahah...
  7. nak basuh baju pkai mesin pon kene korban duit syiling RM3.00... mesin pon demand nak syiling 5o sen ngn 20 sen jer plak tu....duit seposen x laku agak nyer..xpe2..~
  8. tapi yg x leh tahan, ada latihan kebakaran pkul 2 pagi..! gilerr ko...terganggu aku nak tidow...JPP tmpat aku mmg kurg bijak..

Sambutan Hari Kemerdekaan kat Parlimen.

x nak bnyak ckap pasal sambutan tu la..

aku just tggu part nak tgok 1 RAMD kawad hormat senjata..

hehehehe...nice~~