Gaji tentera perlu lebih tinggi - Timbalan Menteri Pertahanan.
p/s : kegembiraan yang separuh lagi akan menjadi kalau gaji betul2 diselaraskan. heheheh...
Buat pertama kalinya sejak kemerderkaan, Perikatan hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tumbang di Kelantan dan Pulau Pinang.
Dewan undangan negeri Selangor dan Perak pula digantung kerana tiada parti yang mencapai kemenangan majoriti.
Bagaimanapun, di Selangor, Perikatan kemudiannya dapat menguasai negeri itu selepas mendapat sokongan calon Bebas tunggal.
Untuk merayakan kemenaangan itu, pembangkang telah mengadakan perarakan kemenangan pada 12 Mei dengan kebenaran pihak polis.
Penyokong India dan Cina parti Gerakan yang merupakan parti pembangkang ketika itu, turut menyertai perarakan tersebut yang diketuai oleh ikon Gerakan Dr Tan Chee Khoon dari klinik dan pejabat politiknya, Tan Dispensary, yang terletak di Jalan Batu (sekarang dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Rahman).
Dalam memoirnya 'May 13 Before and After' Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman berkata perarakan untuk 1,000 anggota parti itu telah bertukar menjadi perarakan samseng.
Beliau menulis bahawa kegilaan ekoran kemenangan itu mencapai kemuncaknya dan orang ramai tidak dapat dikawal lagi.
Menurut Tunku lagi pihak komunis mengambil kesempatan dengan membakar emosi mereka.
Perarakan itu kemudian berubah haluan menuju ke Jalan Campbell (sekarang Jalan Dang Wangi) dan Jalan Hale (sekarang Jalan Raja Abdullah) menuju ke kampung majoriti orang Melayu - Kampung Melayu - dan melalui kediaman Menteri Besar ketika itu, Datuk Harun Idris.
Menurut seorang saksi yang berusia 18 tahun ketika itu, mereka berarak sambil membawa penyapu, cuba mengatakan bahawa bangsa Melayu akan disapu. Katanya, mereka membawa penyapu untuk menyapu Datuk Harun dari rumahnya itu.
Dalam keghairan untuk menunjukkan siapakah yang berkuasa, mereka melaungkan kata-kata menghina orang Melayu di kawasan itu sambil memperlihatkan pelakuan yang kurang ajar. Pada saat itulah ia membangkitkan kemarahan orang Melayu, katanya.
Demonstrasi itu kemudiannya reda, tetapi ia tidak berakhir di situ apabila orang Melayu pula merancang untuk mengadakan perhimpunan pada hari berikutnya.
Rumah menteri besar yang kini merupakan tapak pembinaan kondominium, dijadikan pusat operasi untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.
Menurut para saksi, orang Melayu dari beberapa kubu kuat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, telah berhimpun di rumah Datuk Harun dengan bersenjata seperti batang kayu dan parang.
Berita dilaporkan bahawa orang Cina telah menyerang dua orang Melayu di Setapak. Dan pertumpahan darah bermula kira-kira jam 6 petang.
sumber....disini.
3 mei 1989 : hospital daerah kuala pilah, n9
x silap aku...time ni bulan puasa. hujung2 ramadhan. mak aku kate lagi 2 hari nak raya.
yeaah....time nin jugak la aku pon sibuk nak keluar dari perut mak aku nak melihat dunia. anak pertama. and yang tak dijangka juga...anak perempuan tunggal dan 'warih' anak negeri sembilan. sehingga kini pon...kalau org tnya aku lagi prefer kat mane, aku akan kata kat n9...bukan klang...wlpon dibesarkan di klang..
kecik2 dulu, aku nakal ya amat....jgn ckp la mcm mane aku penah hantukkan kepala adikku kat tembok batu kat Port Dikcson time hari keluarga PDRM. seriau tak seriau mak aku..aku rilek je derk.. smpai skng kat blakang kepala adik aku tu ade parut kekal. die punya bengang jgn cerita la..
time kat kelas agama, darjah 1-3 aku kot mangsa buli. okeh...terima kasih la yg buli2 tu. stat drjah 4 smpai 5...haaa.........ni die kaki pedajal org plak. darjah 6 jadik budak baik sikit la...sebb nak exam kan. hahahah....
ting 1-5...aku dok hostel 5 tahun berturut2. 3 tahun pertama amik subject arab. tapi perangai mcm hantu jugak. syukur....PMR masih lagi power. 2 tahun terakhir....aku balik seremban, masuk sekolah teknik tuanku. ye....itu la kali pertama aku buat keputusan sendiri2 nak masuk asrama. memg saje aku mtk n9...sebb dekat dengan uwan aku. boleh aku blik kpg selalu....beselah...cucu kesayangan kan....sehingga aku SPM....yg mana waktu itu...uwan aku sedang bertarung nyawa dengan sakit tuanya. 9 ke 11 hari aku hbis spm...she left me forever. bersaksikan mak aku masa dia menhembuskan nafas terakhir.....
okeh...mmg sedikit emo bercerita pasal arwah uwan aku. sebb aku syg die giler nak mati punya...wpon x jage aku...tapi sebb die, aku penah marah doktor yg bertugas kat Hospital Klang tu sebb cas die x pegi monthly medical check up. pale otak dokter tu...aku tiap bulan hntar nenek aku pegi kelinik kesihatan tau.
oh yea...dari dulu aku memng garang. sensitif. baran. cakap kasar x de nak lembut2. tapi bila uwan aku x de...mmg down...
3 mei 2010: cheras, kl.
hari aku dok sibuk berterima kasih kt org sebb wish2 mereka n doa mereka sempena bufday aku. semalamnya, aku dah siap2 kuar dengan parents aku. mtk maaf la mak abah...akak tibai kain ela nak buat baju raya ngn kasut sukan sempena hadiah kali ni. hehehhee....
sekarang...aku dok bertungkus lumus la nak hbihkan degree ha...x tau la ape perasaannye asik belajar je ni. wataniah...masih aktif...minat tu mendalam kat bahagian pertahanan...tapi agak tersasar juga sebb masuk maktab perguruan..alahai...blasah je la...
tapi tadi....tersentap bila keluar dengan hamdan...bila dia kata...dia x ingat pon hari ni hari jadi aku...sentap berbagai2 la....sebb aku cuma berharap nak hepi2 je malm ni. kesudahnye...bertekak. mampuih la....
untuk kawan2 facebook....mber2 blogger...rakan2 kelas...ex classmate...thanx a lot for the wishes...x mampu mcm mane nak ungkapkan terima kasih yang x terhinnga tu...tapi semoga anda2 semua bahagia selalu dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik...Aminnn.........=)
KUALA LUMPUR 1 Mei - Warga kota hari ini dikejutkan dengan kelibat sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 747-400 yang terbang rendah berlegar-legar melintasi bangunan pencakar langit di ibu kota.
Pesawat yang boleh memuatkan ratusan penumpang itu juga melewati beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang untuk beberapa minit dan ini menimbulkan pelbagai andaian sehingga pejabat Bernama menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan kemungkinan pesawat itu mengalami masalah teknikal.
Bagaimanapun seorang jurucakap MAS ketika dihubungi menjelaskan bahawa pesawat itu sebenarnya sedang membawa anak-anak yatim di bawah program amal “Sensasi Sabtu” anjuran Jabatan Haji dan Sewa Khas, MAS.
"Pesawat itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.15 tengah hari dengan membawa 300 orang kanak-kanak dari Asrama Damai Kuang, Rumah Anak Yatim As-Shakur Bandar Tasik Putri, Persatuan Anak Yatim Kg Medan dan House of Joy Puchong serta anak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anak anggota Angkatan Tentera Malaysia,” katanya. - Bernama
ps: yeah....mereka tgok kami dari atas, kami tgok plane mereka dari bawah....hehehe...