31 January 2011

weeeeeeee....nape x de muke mamat ni???

Kumpulan Kedua Malbatt 3, 140 anggota berlepas ke Lebanon

Jamil Osman bersalaman dengan anggota tentera ke Malbatt semasa majlis penghantaran kumpulan kedua Malbatt 3 di TUDM Subang, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Jan. - Seramai 140 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berlepas ke Lebanon tengah malam semalam bagi menyertai pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 3.
Kumpulan kedua Malbatt 3 yang terdiri daripada lapan pegawai dan 132 anggota pangkat lain itu turut disertai 10 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Mereka diraikan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman dalam satu majlis yang diadakan di Pangkalan Udara Subang dekat sini.
Turut hadir, Penasihat Pertahanan Brunei ke Malaysia, Leftenan Kolonel (U) Shahril Anwar Ma'awiah.
Kumpulan itu kemudiannya bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan empat buah bas bagi menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) 12 tengah malam ini.
Mereka akan berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil)
Sementara itu, Jamil dalam ucapannya mengingatkan anggota Malbatt 3 supaya berhati-hati dan tidak terperangkap dengan kemelut politik di Lebanon.
Apa yang penting katanya, anggota Malbatt 3 perlu patuh pada arahan dan kekal berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana puak.
''Antara cabaran yang mungkin dihadapi mereka ialah kemungkinan krisis dalaman Lebanon ekoran masalah politik kerajaan itu namun daripada laporan yang kita terima perkara ini tidak akan merebak ke kawasan Malbatt 3.
''Justeru, ingin saya menasihatkan kepada anggota Malbatt 3 supaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab hasil latihan integrasi yang dijalani selama tiga bulan sebelum ini," katanya.

2 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

rindu......

poyo la leha...

marah konon, bengang konon pegi daa..

Kensi Ell Byle said...

eh kau ni...aku lastik tau la..