15 March 2010

iklan....iklan....2.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berkelayakan untuk berkhidmat di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai Pegawai Pendidikan Tugas Ikhtisas dalam Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan).

SYARAT KELAYAKAN

2. Umur.

Pegawai Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) TDM - Tidak melebihi 30 tahun
(Lelaki dan Wanita) pada tarikh 31 Disember 2010.

3. Fizikal.

a. Tinggi minimum: 1.57m (Lelaki)/ 1.47m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 40.5 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 19.2 hingga 26.9.

4. Taraf Kesihatan.

Tidak berkaca mata atau memakai kanta lekap, keupayaan penglihatan tanpa kaca
mata ialah 6/6. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh
Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kerja TATADEMMOT (DKT:FE).

5. Kelayakan Akademik.

a. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) TESL/TESOL ATAU Ijazah Sarjana Muda
Sastera (Kepujian) (Bahasa Inggeris) serta Diploma Pendidikan.
b. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Fizik/Kimia/Biologi) ATAU Matematik dengan
Pendidikan ATAU Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Fizik/Kimia/Biologi) ATAU Sains
Perpustakaan (Kepujian) serta Diploma Pendidikan.
c. Selain daripada syarat di para (1) dan (2) calon-calon perlu lulus SPM ATAU kelayakan
setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu
(termasuk lulus Ujian Lisan).

6. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Calon-calon yang memiliki Ijazah atau
Diploma dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara
perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA
www.jpa.gov.my.

GAJI DAN ELAUN

7. Gaji.

Gaji Permulaan adalah mengikut Skim Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) Gred DGZ 41 iaitu
P1 T4 RM 2,018.52.

8. Pentauliahan.

Calon Pegawai Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) TDM akan ditauliahkan
sebagai Kapten. Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Pegawai Graduan selama 9 bulan
di Kolej Tentera Darat (KTD) PULADA, Ulu Tiram, Johor.

9. Dokumen Diperlukan.

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Salinan Ijazah/Diploma.
b. Salinan Sijil SPM atau setaraf.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Kad Pengenalan.
e. Salinan Sijil Kokurikulum.
f. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
g. Profil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Telefon Terkini.
h. Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem 50 sen dan Beralamat Sendiri.
10. Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)

ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen-dokumen seperti di atas.

Calon-calon juga boleh memohon melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my.

11. Sebarang Pertanyaan.

Talian:
03-20712382 (Lt Kol Mohammad Yatim bin Muhamad Nor),
03-20714524 (Mej Mohd Nazeri bin Noor),
03-20714526 (Lt Arif Firdaus bin Anasipudin TLDM),
03-20712391(Kaunter Pertanyaan).

atau Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588

No Faks: 03-26985340 , 03-26986235

CARA PERMOHONAN
Email: ctk.mtk@ mod.gov.my

12. Tarikh Tutup Permohonan: 19 Mac 10.

13. Tarikh Temuduga : 9 – 17 Apr 10.

14. Tempat Temuduga :
Akan dimaklumkan melalui surat pada calon-calon yang layak dan terpilih.

Maklumat Penting:

Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

5 comments:

moonlight said...

harap ramai para siswazan yang berminat.

Kensi Ell Byle said...

AMIN.....

kudabesi said...

TESL, FIZIK, KIMIA, BIO, MATE

sains sosial tak nak ker?

kui2..gua nak ajar sejarah kat dlm kem..x leh la nih

leyha said...

course gua REKA BENTUK N TEKNOLOGI...agak2 bleh x nnti apply? heheheh

kudabesi said...

haha..entah

kalau cikgu2 kat AFAT pencen, boleh kot..

ko boleh ajar LK? kat afat kan mcm skolah teknik vokay

member aku dulu amik course repair keta..skang dah koperal da. tp aku rasa peluang dia nak naik tu tinggi sbb kat sekolah dlu dia pandai..

pelik gak nape dia tak diantar ke KTD..mungkin org tgk pencapaian keseluruhan, x pun kaki kipas

jd NCO bagus tp sbb dia boleh pergi jauh lg..antar la dia belajo