05 October 2009

PT pagi.

Masa: Jam 0630-0830
Tarikh: Sekitar Jun 2008 (Rekrut TA siri 4/2008)
Tempat: Padang 1001 satu kenangan.

Siapa-siapa yang pernah ikut latihan ketenteraan konfom dah hafal aktiviti untuk jam 0630-0800. Pagi-pagi buta sudah terpacak berbaris nak pegi bersenam atau istilah khasnya PT pagi. Memang ibarat kejutan budaya sebab selalu bangun jam 0630, tapi masa latihan jam 0630 dah siap berbaris di tempat yang sepatutnyt. Dan itu bermakna, sejam dari 0630 dah mula bangun pagi. Tidur atau tidak malam sebelumnya, itu belakang cerita. Pagi kami bermula dengan nyanyi lagu pasukan dan ikrar kesatria. bab2 nyanyi lagu pasukan ni, rocall malam pon kene nyanyi. 30 hari berbuat begitu, lagu Siti Nurhaliza pon leh lupa...

PT pagi minggu pertama adalah sessi untuk memecahkan lemak2 di badan, mengeluarkan muntah2 hijau dari dalam badan dan tengok siapa yang paling cepat peywai. Itulah sessi memperkenalkan diri untuk penuntut2 kursus asas perajurit muda. Padang tempat aku blaja memang agak luas. Fakta yang tidak boleh dinafikan. Dengan tiang gol yang bersepah-sepah berkeliaran di tengah padang, itu dah cukup menunjukkan keseksaan untuk para2 penuntut kursus. Sebab PTI kem, Kpl Topek dah cukup lebar untuk memberikan senyumannya pada pagi itu.

'ok, penuntut! dalam masa 2 minit aku nak korang sume dah sampai tiang gol sana..sape tertinggal aku sideroll sume bagi sume skali. ko pahan penuntut??? '

'paham kopral !!!!!!!!! ' suara penuntut kursus dengan kekuatan 3 platun bergema di pagi hari....

wisel berbunyi..masing2 memecut kearah tiang gol yang dimaksudkan. Serupa kena kejar dengan bulldog masing2. Masing-masing berjaya untuk tidak kene sideroll. hari-hari buat latihan kejar tiang gol and kesannya, aku yang lambat dalam bab lari pon dah leh lari potong orang. bangga jer.

hari tu, hari terakhir PT pagi pkai baju sukan. sebab esoknya dah stat minggu kedua dah kene pkai half loreng and spike boot then angkut laki bini masing2 ke padang iaitu m-16. Kene pecut100 meter pon dah terer n laju punye. Arahan pagi tu yang selalu intronya mengejar tiang gol yang bersepah2, pon turut bertukar. Acara yang melibatkan 3 paltun serentak bermula.

'penuntut..........!!!!!!!!'

' ye kpl !!!' sahut sume skli penuntut yang ada pagi tue.

'ok, ko baring sume skali. aku nak korang guling sampai tiang gol yang belang2 tue.'

hambek koo.....tiang yang belang2 tu tiang ragbi lak tue. tu pon ade 2 jer, yang terletak betul2 hujung padang. Maisng2 dengan skil masing2 nak guling jarak jauh. Tak bleh dinafikan, time ni la ramai sangkut kat tengah padang. Ramai plak dah muntah2 mengeluarkan isi perut masing2. Sebab sebelum ni guling short ddistance jer, kali long distance plak. kalau amik video dari atas astaka memang macam pokok balak kene golek la.....Padang dah tercemar dengan mcam2 benda. Nasib baik tengah cuti semester, takde orang nak guna padang.

Lepas PT time nak sarapan, semua penuntut longlai habis-habisan. Siap ada pening2 lagi nak amik mihun goreng pagi tu. Jalan pun terhuyung hayang macam orang mabuk. Dapat mandi kene air lama2, memang heaven...sempat la jugak pekene biskut tiger dengan air sarsi panas sementara nak tunggu pegi latihan kawad. Nasib baik kawad pagi tue dalam keadaan redup2 angin sepoi bahasa jer...sejuk je hati. hahhaha....

5 comments:

azzam said...

besa2knlah cik leyha uuii....huhu....side roll forward roll mmg menjdi kgemaran diowg,bak kte pepath,sarapn pagi armed forces nie PT la...hakhak...AdiOS..~!

Kensi Ell Byle said...

PT pagi ok lagi kot yg pkai track...
kene yg pkai half loreng ngn m-16 serta backpack..
terbongkok2 kawan tue..hahhah

Anonymous said...

ngee...rindu dowh time kadet....

Anonymous said...

Nk tanya je ap maksud PT 😢

Anonymous said...

Physical training