28 October 2010

Sentri siang di pangkalan.


cerita kali ni tentang IMP iaitu ilmu medan perang, bukan ilmu mata pejam. dikecilkan skop subtopik iaitu semasa menduduki pangkalan. pada waktu siang dan malam setiap jam akan ditugaskan beberapa anggota dari setiap seksyen untuk mengawal sekitar kawasan pangkalan yang telah diduduki yg paling tepat dikawasan jalan perhubungan. tugas ini bertujuan untuk mengelakkan dari pihak musuh senang2 dtg serang pangkalan dan kesudahnya anggota semua mati katak kene serang.

apabila didatangi oleh orang yang tidak dikenali sama ada pihak musuh atau anggota dari dlm pangkalan itu sendiri, anggota yang sedang melakukan tugas sentri hendaklah MENCABAR orang tersebut dengan beberapa langkah seperti dibawah.
  1. berhenti !
  2. mara untuk dikenali
  3. angkat tangan.
  4. sebut kata judul ( sbgai cth anggota sentri sebut 'ayam' dan org yg dicabar sebut 'katik' )
  5. andaikata pasangan kata judul yg disebut org yg dicabar adalah salah, ulang sehingga 3 kali bagi mendapat kepastian.
  6. jika kata judul yang diberi adalah betul, org yg dicabar hendaklah memperkenalkan diri. dan andai salah, anggota sentri akan memberi isyarat kepada anggota di pangkalan bahawa adanya kedatangan musuh.

ok..diatas adalah mengikut kefahaman aku. TETAPI.........adalah syarat utama untuk angota sentri sebelum MENCABAR, adalah mencari tempat perlindungan. jgn buat gaya ala2 minah/mat rambo kau pegi cabar org tersebut depan2 dengan senjata menghala kat dia. silap2 yg kat depan tu musuh, ko x sempat cabar die dah bunuh ko. CABAR orang tersebut dalam keadaan yang terlindung dimana hanya kau yang boleh nampak dia, tapi yang dicabar tidak nampak kau...




:: entri ini ditulis bersempena pengalaman aku mencabar OC aku ala2 minah rambo semasa sentri siang di pangkalan, dan kesudahnya aku terpaksa berlakon mati kene tembak! korang bleh bayang sendiri la....dengn ade JL yg nampak...kes x berlindung la ni semasa mencabar org yg dtg ke pangkalan. malu ke ape ke blakang cerita!!!


No comments: