30 March 2011

update.

gua skang sibuk update buku RPH ngn fail praktikal, so, idea nak update blog memg ke laut la kan...kene plak dpt kelas super2 hyper aktif..blik je skolah, trus hilang ingatan idea nak update blog. penangan mengajar budak2 kemain eksen ni mmg superb!!!!


diorang ckp aku x garang pon dlm kelas. sahkan time ni aku tgh pegang pembaris pnjg ni...eh..aku pegang je..x de aku nak ketok budak de...tpi kalau anak aku ye mmg dpt la kalau memekak2 dlm kelas aku.

25 March 2011

jgn macam2.

ank buah mokhtar suka buat dunia aku sedikir huru-hara. bukn anak buah die yg kecik, tpi anak buah die yg sebaya dengan aku.

terbaru, die ckp die dengar atok die ckp pasal mokhtar n aku  nak bertunang. aku x tau la kalau die terlebih dengar ke ape kan...tpi, tolonglah...bukan time aku blaja nak pikir sume2 ni.

pliss..jgn smpai aku ade perasaan terpaksa untuk semua2 ni. n kesudahnye aku jdik robot yg x de hati pasal perasaan sendiri pon x mampu nak jage. aku x ready. fullstop.

24 March 2011

tipu sunat.

murid : huiyo!!! gmbar askar mane tu cikgu???

aku    : owh..ni kembar cikgu... dah2..pg duduk kt depan tu....

22 March 2011

this week..

  • gua da stat praktikal di sekolah plg heaven didunia. cuma ade 12 kelas dari tahun 1-6. mean setip drjah cuma ade 2 kelas. pasal ape aku terkejut, pasal tu sekolah bandar..tpi murid x ramai. syorga beb...syorga..
  • err..mggu depan baru stat msuk kelas...berdebar u!!!
  • gua dah bawak pon kete ke sini..it is not easy nak biasa kan bawak manual dijalan kl ni....wpon lesen dah full, jgn tnye kenape gua letak P kt kete tu. cuma kalau ade jugak sialan2 jalan raya yg hon2 maki2, mmg wa ckp lu buta..P la bodo! P! means i'm beginner!!! hahahahaah
  • kesian si Kabir Model Renoma...hp rosak. bile gua ckp bateri hp kembung ke ape..die ckp ye..kembung mcm PEHA aku!! haram jadah lawak kau buddy....peha aku jugak yg dapt name kan...lengan kau yg besa gabak tu x lak kau perasan kan?? hahahah
  • yess...gua dapat loreng baru!! suar x yah otter, baju need otter..
  • owh..mokhtar kate nak pulang balik loreng yg die pinjm kejap mase kt PD..siap otter dah die kate.. bile aku tnye ikot badan die ke..die ckp ye... sentap tau aku dengar...mane muat cmtu..pasal die lagi slim dari aku! smpai hati..........

16 March 2011

Andainya lelaki tahu.....



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.





source :  here

15 March 2011

Ju-on versi melayu.








praktikal.

hey...u ollz tau tak mggu depan aku dah stat praktikal mengajar?? (smbil terbelit2 lidah...). means sebulan tau i msuk sekolah......warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......aku mane suke sekolah dowhhhhh.... dengan kene kuar 6.30 pgi..( sekolah jauh nak mmpus pasai ikot hgway sg besi) dengan jammed lagikk.. laluan ke sekolah?? mampus tak ingt lgi...tau smpai depan taman tu je.. masuk taman tu je dah lupe. jalan bersimpang siur.

owh..kene pakai kasut bertutup kauuuuu...jumaat lepas aku pakai untuk 4 jam pon  pasai ade lawatan dah nak tercabut kuku-kuku kaki aku..dengn melecetnye....ishh..pakai spike pon x mcm ni tauuuu.... eaahh..msuk sekolah kene nerd ke weh? xboleh gila2 kan?? aouwww......cmno ni...i ni pon kurang la betul sgt...tibe2 dah kene mengajar!!! wth mennnnnnnn....


ok dah...masa..lmbatlah berjalan..aku x nak msuk sekolah lgi. hahahaha...

14 March 2011

gua punya darah automatik mendidih apabila.....

apabila bersepah perempuan-perempuan yg tergolong dlm stok2 kekasih lama mokhtar add FB die!!!!! kalau add semata ok lagi kot...ni kau siap feeling2 flashback cinta kau ngn mokhtar yg dah terkubur tu ......jadah ape tu pompuan woii?? terang2 kau dah nmpak dia dah ade org lain, yg kau x de keje sgt nak buat provokasi tu ape hal??? ke dah x de lelaki lain yg kau nakk....??


ucapan khas dari aku untuk mereka2 yg tergolong dlm perempuan2 x guna seperti di atas, semoga korang cepat sedar bahawa jgnlah desperate sgt smpai hak org pon kau nak sapu. tak pupus lagi de lelaki kt dunia ni....

13 March 2011

tikam-menikam amalan tak mulia.

aku tak tau sapa tipu sapa, sapa bohong sapa. tapi kalau aku dpt tahu orang yg aku percaya tikam aku dari belakang, memg x banyak cerita, aku tikam dia  balik. sorry...aku bukn yg baik hati nak biarkan org pijak aku sedap2 disaat aku percayakan dia. x kire la kalau kau pgkt kekasih hati aku pon skng ni. ade aku kesah? balas tetap balas....

untuk sang pengacau, mgkin kau sdg bersorak kegembiraan melihat orang lain sedang bertelagah. sikit je pesan aku kat kau, dah kau tahu lelaki tu buah hati org..laki org...yg kau pi layan buat ape? pastu feeling2 kene tipu n cinta tak dilayan. x de pkra bodo lain ke nak bgi mata aku ni nmpak? nak aku kesian? kirim salam...pdn muka aku ckp.

12 March 2011

my impian...cita-cita...dan angan2...


aku tak pasang impian untuk masa bila aku kahwin, akan lalu bawah pedang...
orang ckp sword barrel...
tapi kalau dpt...tu rezeki kan??



tapi....



aku pasang impian untuk memegang pedang.
bukan sebarang pedang yg org pikir pedang buat lawan..
tpi pegang yg peg2 pakai semasa kawad / sword barrel...




means...



cita-cita aku untuk menjadi seorang pegawai TDM yang brmula dari bawah...

09 March 2011

Down.- i got no feeling...........

semangat aku hilang...
kepercayaan aku musnah...
masa untuk merasai hidup sendiri hilang dibawa angin..
cinta dan sayang aku diperjudikan.
bukan kerana cinta itu buta..
tapi kita yang buta dek kerana cinta...
kita yang buta dek kerana hati sendiri..
buta kerana sayang yg terlalu menebal

kecewa?
seribu kali kecewa dari kekecewaan beliau.
sayang?
sayang seribu kali dari sayang beliau.
kasih?
tetap menebal dihati....
tapi bila tak mampu untuk melepaskan...
itulah kelemahan untuk aku..
tpi kekuatan untuk dia...

andai dia tahu....
hati ini cuma ada satu untuk dibahagi-bahagikan..
untuk keluarga....
untuk dia....
dan untuk diriku sendiri....



08 March 2011

10 minutes with Col Fadzlette.


This is me with Col Fadzlette, PR ATM. Seorang yg sangat merendah diri walaupun seorang pegawai kanan TDM. Wanita pertama yang memakai rank Kolonel n antara kadet wanita pertama ATMA untuk pengambilan yg pertama. Tak sangka di pameran lepas dapat berjumpa dengan beliau. Owh...sape beliau??  Ini tentang beliau... Salah seorang wanita di dalam TDM yg sgt saye adore!! 



Nice meeting u mdm! =)



04 March 2011

Pengumuman.2.

aku x de cerita melainkan cerita yg berkaitan dengan army buat mase sekarg. pasal aku punye spirit dah lain mcm...semagt kemain... eh...jgn lupe pi dataran.. lawat2 la pameran TD disane. aku pon ade sane utk 2 hari..tpi sebagai og awam je la.. jumpe disane..=)

03 March 2011

Kenapa saya suka dunia tentera...

Kerana itu jiwa saya....walaupun saya bukan anggota tetap...(+_+)
.
.
.
sila abai muke abg sebelah tu...=)