01 May 2011

persembahan TATU PDRM 2011.

kan jumaat malam lepas aku kene tinggal kan dek family aku pasai sume pi bntai tgok TATU PDRM kat stadium merdeka. kesudahnye malam tadi aku pakse jugak bapak aku pegi lagi sekali. satu keuntungan bila kau dpt pergi TAPI satu kerugian bile hp kau cume cap ayam n x de kamera.


antara persembahan yang dipertunjukkan oleh semua anggota PDRM ialah..



  1. demonstrasi rampasan kapal terbang. - permulaan adalah tayangan video situasi didalam kapal terbang yg telah dirampas. dan situasi tersebut dibawa ke suasana sebenar dimana kesemua unit penyelamat muncul di tengah stadium. antara yang terlibat ialah team UTK, unit MPV ( 4 X EVO 10), unit udara PDRM (3 x heli) dan unit pengesan K9.
  2. persembahan dari pancaragam PDRM - pertama kali persembhan pancargam yg aku tgok dlm keadaan gelap. yg ade cuma bunyi lagu dan lampu2 gaya i-city di baju semua anggota pancaragam.
  3. persembahan kawad tanpa perintah - dilaksanakan oleh 140 orang pelatih konstable dari PULAPOL Ayer Hitam. persembahan kawad diiringi oleh pasukan pancaragam PDRM.
  4. persembahan kawad patung - persembahan yang muncuit hati. itu je la yg mampu aku ckpkan.
  5. persembahan unit berkuda PDRM - persembahan unit berkuda menampilkan 3 gaya persembahan yang berbeza dan turut dianggotai oleh 7 anggota wanita.
  6. persembahan akrobatik bermotosikal - menampilkan 15 x anggota wanita dan beberapa anggota lelaki yg masing menggunakan 3 jenis motor dan salah satu nya motorsikal berkuasa tinggi. 
  7. demo gayung 69 komando PDRM - dipersembahkan oleh 200 anggota 69cdo bersama 3 x pegawai.
  8. pertunjukkan payung terjun - persembahan penutup ini dilakukan oleh 12 penerjun dari unit 69 komando PDRM dari ketinggian 4000 kaki.



ok..gambar?? boleh tengok kat fb PDRM.. nak harap dari hp kamera aku mmg kirim salam la....


No comments: