03 April 2010
02 April 2010
nak x nak, gua jawab gak la...=)

ni...senior gua bagi award. terus terang gua cakp, tersipu2 malu gua dpt award BEAUTIFULL BLOGGER. hik3....poyo je kan ayat??? tapi hakikat tu..hakikat yg x leh disangkal. hik3....maka, mengikut syarat2 beliau...
1. berterima kasih kepada beliau n link kan name beliau. ha................
timo kasih la jang ekau bagi den award2 neh. banggo diri den sokojap ha...hik3....
2. pAs lah award ni kpada 15 org blogger yg anda rase hot! tapi gua nak buat 10 je...boleh
x???? boleh la...hik3...
- rona realiti
- bibie sayang
- kuda besi
- encik mazuan
- hans yg peymes
- incik kapten....=)
- afiq anjeni capelli. hik3...
- bunga kejora
- miss aminah
- kak epi cumell
3. hubungi mereka2 diatas itu berkaitan award n tag ini.
ha...................den dah buat dah.
4. nyatakan 7 perkara tentang diri anda.
- garang.
- tetap kuat lari walau bdan berisi. hahahah....
- saye suke perkara yg pompuan lain x minat. cth nye.....adalah. rahsia itu. hik3..
- x obses dengn dunia shopping. membazir tu bai...
- kaki gaduh dengan manager kfc
- anak pertama dan perempuan tunggal.
- oh yer....saya org negeri sembilan...=)
sekian....cau cin caw ...=)
Tangkas di udara...=)
NORAZMAN (lima dari kiri) dan juruterbang serta jurutera bergambar bersama pesawat MIG-29N selepas menjalani latihan sebagai persiapan pertunjukan udara aerobatik sempena perasmian Grand Prix Malaysia Petronas di pangkalan TUDM.
Skuadron MIG-29N TUDM buat pertunjukan aerobatik sempena Grand Prix Malaysia Petronas SKUADRON MIG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Kem Batu 10, di sini yang ditubuhkan 15 tahun lalu, bukan saja menjadi nadi utama barisan pertahanan negara daripada ancaman musuh, tetapi memiliki kepakaran dalam mengadakan pertunjukan aerobatik.
Berbekalkan barisan juruterbang berpengalaman, keupayaan Skuadron MIG-29N TUDM kini boleh dibanggakan dengan keupayaannya mengendalikan pesawat yang mampu melangkaui dua kali kelajuan bunyi.
Skuadron yang dikenali dengan panggilan `smokey bandits' itu akan menggegarkan ruang udara SIC dalam pertunjukan udara selama 10 minit yang mendebarkan itu dengan diserikan aksi aerobatik `Taufan Ganas' bertemakan kelajuan dan kebingitan.
Pegawai Memerintah Skuadron MIG-29N, Leftenan Kolonel Norazman Samion, berkata persembahan udara itu akan mempamerkan kehebatan juruterbang melakukan pergerakan formasi berkordinasi selain pergerakan solo.
Tiga pesawat akan melakukan penerbangan formasi, manakala dua lagi secara solo. Pesawat canggih ini mampu diterbangkan pada kelajuan 2.3 mach tetapi kami hanya dibenarkan terbang pada kelajuan sehingga 500 knot.
Beliau berkata, tidak banyak pergerakan formasi yang boleh dibuat kerana masa yang diperuntukkan hanya 10 minit, tetapi anggota pasukannya mengadakan latihan selama dua minggu sebagai persiapan mengadakan pertunjukan udara itu.
Katanya, persembahan itu bermula jam 11.30 pagi ini, Sabtu (12.30 tengah hari) dan Ahad (2.40 petang).
Norazman yakin pasukannya mampu mempamerkan persembahan yang mantap kerana kelima-lima juruterbangnya mempunyai pengalaman mengendalikan pesawat MIG-29N.
"Mereka mempunyai pengalaman menerbangkan pesawat canggih itu antara 200 jam dan 1,300 jam selain pernah mengadakan pertunjukan udara sempena Pameran Udara dan Maritim Langkawi (Lima) serta latihan udara bersama tentera udara Amerika Syarikat (AS)," katanya.
Paling menarik pada persembahan kali ini, pasukan itu turut disertai seorang juruterbang wanita, iaitu Mejar Patricia Yap Syau Yin.
Patricia, 33, yang berasal dari Sandakan, Sabah adalah satu-satunya juruterbang wanita pesawat MIG-29N yang akan menunjukkan kemampuannya setanding dengan juruterbang lelaki.
"Saya sangat berbesar hati kerana diberi peluang mengadakan pertunjukan udara sempena perasmian Grand Prix Malaysia Petronas dan akan memberikan persembahan terbaik," katanya.
Beliau yang masih bujang mempunyai pengalaman terbang selama 1,260 jam dan 350 jam pesawat MIG-29N.
Rakannya, Kapten M Azizi Musa, 33, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, mengakui teruja apabila terpilih untuk mengadakan pertunjukan udara bersama rakan sepasukannya yang lain.
Anak kedua daripada empat beradik itu yang mempunyai pengalaman selama dua tahun mengendalikan pesawat MIG berkata beliau sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik.
"Selain merakamkan 170 jam menerbangkan MIG-29N, saya mempunyai pengalaman menerbangkan pesawat Aermacchi MB339A dan Pilatus PC7 dengan keseluruhan 700 jam penerbangan.
"Bagi pertunjukan udara kali ini, latihan bertumpu kepada kordinasi pergerakan dan ketepatan masa bagi memastikan pergerakan pesawat menepati formasi," katanya.
Bapa kepada dua anak berusia dua dan tiga tahun itu pernah terbabit dalam penerbangan bersama Tentera Marin AS, Tentera Udara AS dan Tentera Udara Diraja Australia (RMAF).
Seorang lagi anggota Skuadron MIG-29N yang terbabit dalam pertunjukan udara itu ialah Kapten Muhammad Zulkarnain Abdullah, 43, yang akan bertindak sebagai pengulas pertunjukan udara.
Walaupun tidak menerbangkan pesawat bersama anggota pasukannya, tugas beliau tidak kurang penting kerana bertanggungjawab memberikan maklumat kepada penonton mengenai formasi yang dipersembahkan.
01 April 2010
kursus.......
pegawai gua baru call. tanye nak pegi ke tak PO ( Potential Officer ) course kat Puswatan, Ipoh bulan 4-5 ni. dia nak try2 hantar name gua pgi kursus kalau dpt. merepek juga idea beliau ni. time tu kan gua x cuti sem...celah mane nak dpt pegi. tapi beliau kata, nak buat surat permohonan kat pengarah gua mtk kelepasan. sebulan tu bai....sejak bile maktab gua nak bagi cuti free2 mcm ni???...study gua lgi...tu blom final exam lagi....
Puswatan pon...kot ye pon buatlah kursus time cuti sekolah ha...dapt gua kuruskan bdn balik kat padang kawad tu. unit2 lain x nak ke buat kadar thun ni time cuti sekolah??? adeii...
ikot hati nak pergi...ikot akal fikiran, x tahu lagu...ikot logik akal plak, x payah pegi la jawabnye...
emm..tapi sebenarnya gua nak pegi kursus kadar dulu baru pgi kursus2 yg lain...
Puswatan pon...kot ye pon buatlah kursus time cuti sekolah ha...dapt gua kuruskan bdn balik kat padang kawad tu. unit2 lain x nak ke buat kadar thun ni time cuti sekolah??? adeii...
ikot hati nak pergi...ikot akal fikiran, x tahu lagu...ikot logik akal plak, x payah pegi la jawabnye...
emm..tapi sebenarnya gua nak pegi kursus kadar dulu baru pgi kursus2 yg lain...
Subscribe to:
Posts (Atom)
